Want your
own Fotopage?








 


By: Teratak Usang

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 31-May-2011 07:41 Email | Share | | Bookmark
APAM KUKUS




Bahan-Bahan :

3 biji telur
1 ½ cawan gula
2 cawan tepung gandum ¾ cawan air suam
1 camca besar baking powder


Cara2 :

1. Pukul telur bersama gula hingga kembang,
2. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit.
3. Masukkan air dan gaul hingga rata.
4. Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga masak.
5. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam.



Add comment


Tuesday, 31-May-2011 07:39 Email | Share | | Bookmark
AYAM GORENG BRIYANI



Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )• 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
• 5 sudu besar pes halia dan bawang putih
• 1 biji telur
• 5 sudu besar serbuk cili
• sedikit serbuk ketumbar
• sedikit serbuk jintan manis
• garam secukup rasa
• tepung beras secukupnya

Cara-Cara :

1.Gaul semua bahan diatas kecuali tepung beras sehingga sebati dan perap selama 30 minit
2.Kemudian tabur tepung beras dan salut secukupnya.
3.Goreng dalam deep fryer pada suhu 160 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.
4. Nota: Boleh juga campurkan daun kari, ia akan membangkitkan aroma sewaktu ayam digoreng


Add comment


Tuesday, 31-May-2011 07:38 Email | Share | | Bookmark
ASAM PEDAS MELAKA




Bahan-Bahan :
• 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
• Bahan kisar:-
• 3 biji bawang merah
• 10biji cili kering
• 1/2 in halia
• 1 sudu teh jintan manis
• 1 sudu teh jintan putih
• 1/4 sudu teh lada hitam
• 1/2 in kunyit hidup
• 2 ulas bawang putih
• Bahan tumis:-
• @ 1/2 bawang besar-hiris
• @ 1/4 sudu teh biji sawi
• @ 1/4 sudu teh halba
• @ 2 tangkai daun kari
• air asam jawa secukupnya
• air secukupnya
• 1 biji tomato-potong2
• 5 biji kacang bendi
• 1 serai-diketuk
• 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
• minyak masak
• garam dan gula jika suka
Cara-cara
1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.


Add comment


Friday, 14-Jan-2011 01:40 Email | Share | | Bookmark
AYAM PERCIK PASAR MALAM




Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )
• 500 gm bawang besar
• 50 gm halia - diblender
• 50 gm lengkuas - diblender
• 50 gm bawang putih - diblender
• 5 batang serai - diblender
• 2 cawan gula
• 3 sudu stok ayam serbuk
• 5 senduk cili mesin
• 5 senduk cili sos
• 1/2 kg santan
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
4. Bakar dan siap untuk menjamu selera


Add comment


Thursday, 13-Jan-2011 09:26 Email | Share | | Bookmark







Add comment


Wednesday, 8-Dec-2010 07:20 Email | Share | | Bookmark
Salam Maal Hijrah....1432H

Hari Awal Muharram @ Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yg berlaku dlm sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi....Sala'am Maal Hijrah


Hijrah.... membawa maksud perubahan. Dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Jadi cuba perbaiki kelemahan yang lepas....bagi mencapai tahap yang kita idamkan.....1431H meninggal pelbagai kenagan yg pahit serta manis.... Pejam celik sekejap sahaja masa telah berlalu. Masa juga telah mendewasakan kita. Syukur Alhamdullila....
Marhaban Ya 1432H.....moga membawa sinar & keinsafan....dalam diri ini... Insya-Allah...

Add comment


Wednesday, 14-Jul-2010 09:02 Email | Share | | Bookmark

Hanya Tuhan Yang Tahu

Dirimu pembakar semangat perwira,Rela berkorban demi agama, Kau jadi taruhan berjuta pemuda, Yang bakal dinobat sebagai syuhada, Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga, Bersemayam di mahligai bahgia, Anggun gayamu wahai seorang puteri, Indahnya wajah bermandi seri



Menjadi cermin tamsilan kendiri, Untuk melakar satu wacana, Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah, Kau seharum kuntuman di Taman Syurga, Menanti hadirnya seorang lelaki, Untuk menjadi bukti cinta sejati, Ooh! Tuhanku, Bisakah dicari di dunia ini, Seorang wanita bak bidadari, Menghulurkan cinta setulus kasih

Di hati lelaki bernama kekasih....Di hati lelaki bernama kekasih....Di hati lelaki bernama kekasih



Add comment


Wednesday, 14-Jul-2010 09:00 Email | Share | | Bookmark

Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah)

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah




Add comment


Thursday, 17-Jun-2010 01:47 Email | Share | | Bookmark

“Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidaklah bersalah ke atas kamu untuk memendekkan solat, jika kamu takut orang-orang yang tidak percaya akan menganiaya kamu; orang-orang yang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu”


Add comment


Sunday, 13-Jun-2010 03:22 Email | Share | | Bookmark
13/06/2010

" Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain"

Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com